1.Kepentingan Tidur bagi Manusia
Kita menghabiskan satu pertiga daripada hidup kita untuk tidur. Kita mempunyai bilik tidur yang dilengkapi dengan perabot berbanding haiwan. Zirafah hanya mempunyai 20minit untuk tidur sehari. Ikan lumba-lumba dewasa tidur dengan menutup sebelah mata untuk merehatkan sebelah otaknya. Sementara anak ikan lumba-lumba tidak perlu tidur dalam bulan pertama kelahirannya.
2. Bagi manusia, tidur yang tidak mencukupi akan mendatangkan bahaya
Tidur yang singkat boleh menyebabkan manusia mudah sakit, daya ingatan yang lemah, reaksi yang perlahan, daya ketahan badan yang lemah serta berisiko tinggi menghidap penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Difahamkan juga bahawa tidur dan rehat yang mencukupi membantu otak mengukuhkan pembelajaran dan ingatan.
3. Panduan Untuk Tidur yang Lebih Baik
Terdapat banyak petua lama untuk mendapatkan tidur yang lebih baik. Mengira kambing biri-biri merupakan salah satunya. Kini, kajian sainstifik telah membuktikan bahawa kita dapat tidur dengan lebih baik dengan mengambil segelas susu suam 15minit sebelum tidur. Ini kerana susu mengandungi kalsium yang penting dalam tindak balas saraf dan membantu menenangkannya. Selain kalsium, susu juga mengandungi asid amino khas yang boleh membantu menenangkan anda serta tidur dengan lebih nyenyak. Lebih menarik lagi, ia akan menjadikan anda sentiasa segar dan bertenaga di siang hari.
4. Petua Untuk Bangun Pagi, Bekerja dan Berehat dengan Baik
Kita disyorkan untuk mengambil 3 gelas susu sehari. Pengambilan segelas susu pada waktu pagi membantu anda memulakan hari dengan baik, ketika tengahari ia membantu anda kekal bertenaga dan segelas susu sebelum tidur membantu anda tidur dengan nyenyak di waktu malam.
Jadi sebarkan kebaikan susu, agar setiap orang akan menikmati hari yang indah dan tidur dengan nyenyak setiap malam.
Oleh itu jangan lupa meminum Dcornz Susu Kambing malam ini sebelum tidur ye... Selamat malam..