Awal Ashaari |
Tak berkesempatan nak menulis sebab musim kurang kerja ku dah sampai ke penghujung. Aku dah mula sebok kembali dan jamku pun dah mula bergerak dengan pantas. Hinggakan 5.30 petang sampai begitu awal bagiku sekarang. Tu belum lagi jam 1 waktu lunch yang datang tanpa disedari. Tiba-tiba handphone berbunyi tanda mesej dari kawan yang mengingati ku tentang waktu makan. Tu la sebabnya kita kena selalu ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Salah satunya - Lapang sebelum sempit.
Bermula minggu ni aku akan lebih sebok sebab rabu ni ada Regional meeting dimana aku kena present program terbaru untuk dealer. Pening jugak masa mula-mula dapat tugasan ni sebab ingatkan bila aku dah pindah ke unit lain program ni dah bertukar tangan, rupanya hanya sementara. Entahlah, kalau boleh tak nak dah buat program yang sama. Tapi bila aku fikirkan dari sudut yang positif mungkin kerana kemampuan dan kepercayaan membuatkan boss ku ingin aku melaksanakan program yang baru ini. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya hasil kerja kita diterima dengan baik.
Tapi perjalanan program tak semudah yang disangka. Banyak persoalan timbul sebelum ia boleh dimulakan. Bila aku mula mengorek maklumat tentang program terdahulu tanpa disedari banyak program terdahulu yang hampir sama tapi masih berjalan. Maknanya dealers dapat double bonus sebab program lama yang bermula sekitar tahun 2000 masih berjalan tanpa disedari dan diikuti dgn program-program lain sebelum aku mulakan programku pada tahun 2009. Macamana takde seorang pun yang perasan tentang perkara ni. Kalau dihitung banyak kerugian pada company. AAK. Yang penting aku dah siapkan presentation slide dari minggu lepas lagi. Dalam meeting nanti aku goreng jer.... hehehe...
Dalam waktu yang sama juga aku sibuk memikirkan persiapan untuk dealers conference (KDC) bulan April nanti. Bila sebut pasal KDC selalu ada je masalah dengan unit-unit lain yang terlibat. Yang jadi mangsanya unit aku lah sebagai organiser. Tapi kalau masing-masing boleh memberi kerjasama yang baik dan tidak mencampurkan kepentingan peribadi, aku rase perjalanan KDC lebih mudah dan lancar.
Oleh kerana itu, aku dah tak berpeluang pulang ke rumah tepat jam 5.30pm. Kebiasaannya, tahap tumpuan terhadap kerja berkurangan selepas waktu balik sedangkan masih banyak lagi tugasan yang perlu dibereskan. Pinggang dah mula sakit sebab duduk terlalu lama. Handphone pulak asyik berbunyi je sebab anak-anakku dah mula bertanya jam berapa aku akan sampai ke rumah. Stress dibuatnya. Itu belum lagi dicampur dengan jalan jem ketika perjalanan pulang ke rumah.
Azzurah D'cornz - O2 |
Untuk info lanjut boleh dapatkan di page Produk Azzurah D'cornz. Jangan lupa 'LIKE' facebook Azzurah D'cornz ye...
Selamat malam... FUHHH!!! Layannn....