Friday, February 18, 2011

Kenapa Aku Mem'Blogging'

Entah apa yang nak aku  tulis untuk post pertama di blog ni. Puas aku perah otak cari idea nak menulis. Ni hari ke 2 aku mengodek-godek blog aku ni. Biasalah tak habis-habis menghias blog, kejap tukar template, kejap tukar banner, kejap tukar font...hahahaha. Beginner la katakan.

Tetiba je tergerak hati kelmarin nak cuba buat blog sendiri. Actually, aku memblog sebab sekarang ni aku kurang tugas di pejabat. Entahlah lately ni makin kurang kerja lak. Tu yang membuatkan aku mempunyai banyak masa untuk meneroka dunia blog. Salah ke mem'blogging' waktu ofis sedangkan aku memang takde tugas waktu tu? Dari aku duduk buang masa curi-curi bukak fb baik aku cuba benda baru.

Dalam terkial-kial mengambil tahu perkara baru dari blog paling susah ialah nak bagi nama pada blog aku ni. Apa nama yang sesuai ekk? Seorang teman kata kita kena tau tujuan kita mewujudkan blog. Apa tujuan aku? Yang aku tau tujuan aku saja-saja nak wat blog. Tapi terselit jugak niat nak buat online bisnes... biasa la alasan standard orang buat blog, nak berniaga...

Berniaga tukan bagus sebab Nabi Muhammad saw pun pernah bersabda '9 dari 10 pintu rezeki adalah dari perniagaan'. Sebab tu ramai jutawan & hartawan di dunia ni semuanya ahli perniagaan. Pernah ke kita dengar seorang pekerja sebuah syarikat telekomunikasi menjadi jutawan? Hehehe... belum lagi kan!! Mungkin jugak ade sape tau cuma editor Forbes magazines je belum dapat mengesan insan istimewa nih..

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari ni bukan la yg paling kaya tapi dia la satu-satunya jutawan Islam di Malaysia yang mana aku percaya dia paling banyak menyumbang kepada pembangunan ummah. Mungkin ada yang lain tapi aku tak minat sebab mereka lebih kepada 1 Malaysia...










Oh ya.. aku belum lagi bagitau kenapa nama blog aku Azzurah D'cornz?



Jawapannya ialah aku nak jual produk tu la.... Selamat malam.

1 comment:

  1. Congrat,

    Akhirnya Wati jadi blogger....

    Tujuan ber-blogging terpulang kepada individu, lebih baik tetapkan tujuan dari awal coz:
    1) tanpa tujuan blog kita tak kemana, merapu tak tentu pasal buat pe...
    2) bila ada tujuan kita jadi fokus ber-blogging
    3) walaupun personal blog, tujuan tetap perlu ada utk elakkan kita merapu tak tentu pasal
    4) in the end baru boleh buat duit dengan blogging (alasan standard gak ni)
    5) yang paling penting "Always Give Value to Your Readers" baru boleh jadi pro-blogger

    Look forward to next post :)

    ReplyDelete