Friday, July 1, 2011

Khasiat Jagung Untuk Kesihatan Sempurna

Dah lama timbul keinginan nak menulis artikel pasal jagung nih.. Info dah dicari tapi masa dan mood nak menulis tak menerjah dalam diri kebelakangan ni. Tambahan pula sebulan dua ni permintaan terhadap produk Azzurah dcornz amat menggalakkan terutama permintaan dan pertanyaan tentang Dcornz Royalle.
Muhammad Amirul Hazim
Selain itu masa banyak tertumpu pada Muhammad Amirul Hazim yang akan mendudukki peperiksaan UPSR pada September ini. Selalu aku bergegas balik awal jika tiba giliran aku menghantar Hazim dan 2 orang rakannya, Irfan dan Zaim ke kelas malam. Nasib baik jiran-jiranku Kak Ina dan Sharina tak berkira jika terpaksa mengambil alih giliranku dikala aku sangat kesempitan masa.

Kadang-kadang ada juga aku 'on' kan laptop tuk menulis tapi selalunya end up dgn melayari facebook jer.. Lepas tu Zharfan Harith mula merengek ajak temankan dia tidur. Akhirnya, aku yang bermimpi dulu sebelum Zharfan Harith lena. emmmm.... nak buat macamana orang mengantuk disorongkan bantal..

Kenapa beriya-iya sangat nak menulis pasal jagung nih? Sebab semua rangkain produk Azzurah kan berasaskan ekstrak jagung. Apa keistimewaan jagung pada kita? Lanjutkan bacaan anda untuk mengetahui tentang keistimewaan jagung kepada kita.

Istimewanya Jagung


Kebaikan jagung untuk kesihatan termasuk mengawal diabetis, menghalang penyakit jantung, mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan kecacatan otak dan tulang belakang semasa kelahiran (neural tube defects at birth). Jagung atau ‘corn’ atau ‘maize’ adalah bijirin yang sangat popular disesetengah negara seperti Amerika dan Afrika. Jagung bukan sahaja memyediakan kalori tenaga untuk metabolisma badan malah sangat kaya dengan vitamin A, B, E dan mineral. Kandungan fibernya yang tinggi menghalang dari penyakit  seperti sembelit, haemorrhoids dan kanser usus.  Anti-oksidan yang terdapat dalam jagung akan bertindak sebagai agen anti-kanser dan mencegah Alzheimer.

Jagung sangat berkhasiat disebabkan oleh kehadiran nutrien-nutrien yang berkualiti didalamnya. Oleh kerana ia diperkaya dengan ‘phytochemicals’, ia melindungi manusia dari pelbagai penyakit kronik. Berikut adalah sebahagian dari kebaikan jagung;

1.       Sumber Kalori: Jagung adalah sumber kalori dan menjadi makanan utama bagi sesetengah tempat. Kandungan kalori dalam jagung ialah 342cal/grm, antara yang tertinggi dalam kelas bijirin.

2.       Mencegah dari Haemorrhoids dan kanser usus: Secawan jagung boleh membekalkan sebanyak 18.4% keperluan fiber harian manusia. Ini dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit, haemorrhoids dan juga mengurangkan risiko kanser usus.

3.       Sumber yang kaya vitamin: Jagung kaya dengan Vitamin B iaitu Thiamin dan Niacin. Thiamin amat perlu untuk mengekalkan kesihatan saraf dan fungsi kognitif. Kekurangan Niachin boleh membawa kepada penyakit Pellagra: penyakit yang di kategori seperti cirit-beret, dementia (penyakit yg mengganggu otak dan ingatan seseorang terutama orang tua) dan dermatitis (penyakit kulit) yang sering menyerang individu yang kurang zat.  Jagung juga adalah sumber penting bagi asid Pantothenic dimana ia merupakan vitamin yg diperlukan untuk metabolisma karbohidrat, protein dan lemak dalam badan. Kekurangan asid folik pada wanita mengandung boleh menyebabkan kelahiran bayi yang kurang berat dan boleh menyebabkan ‘neural tube defect at birth’. Jagung menyediakan sebahagian besar keperluan folik harian badan. Jagung kuning kaya dengan beta-kerotena yang membentuk Vitamin A dalam badan juga sumber asas bagi mengekalkan penglihatan dan kulit yang sihat.Jagung juga sangat kaya dengan Vitamin E iaitu anti-oksidan semulajadi yang penting untuk tumbesaran.

4.       Mengandungi Mineral penting: Jagung mengandungi banyak fosforus disamping magnesium, zink, iron dan copper. Juga mengandungi mineral surih seperti selenium. Fosforus penting untuk menggalakan tumbesaran, kesihatan tulang dan fungsi buah pinggang. Magnesium pula perlu untuk mengekalkan kesihatan jantung dan kekuatan tulang.

5.        Anti-oksidan: Menurut kajian yang dibuat oleh Cornell University, jagung yang kaya anti-oksidan boleh melawan tumor dalam kanser payu dara dan kanser hati.

6.       Cardio-Protective Attribute: dari kajian yang telah dibuat menunjukkan minyak jagung boleh menurunkan paras kolestrol dan mencegah dari risiko penyakit jantung.

7.       Mencegah Anemia: Vitamin B dan asid folik boleh mencegah anaemia akibat dari kekurangan zat.

8.       Menurunkan Kolestrol LDL: Mengikut Journal of Nutritional Biochemistry, pengambilan minyak jagung dapat mengurangkan kolestrol LDL dalam darah dengan cara mengurangkan penyerapan kolestrol oleh badan.

9.       Melindungi dari Diabetes dan Darah Tinggi: Pengambilan biji jagung dapat membantu merendahkan paras gula dalam darah dan sangat efektif melawan tekanan darah tinggi kerana kehadiran ‘phenolic phytochemicals’ didalam jagung.

10.   Bahan asas kosmetik: Tepung jagung digunakan sebagai gantian kepada bahan ‘carcinogenic petroleum’ dalam industri kosmetik.

(Artikel sumbangan Seema Adnani.Rujukan: Cornell Univeristy and Journal of Nutritional Biochemistry)

      Tahukah anda bahawa vitamin di dalam jagung tidak akan hilang atau berkurangan walaupun dimasak?  Cara yang lebih mudah untuk mendapatkan khasiat jagung ialah dengan menggunakan rangkaian produk Azzurah dcorn. Buatlah pesanan anda hari ini.
Kerana kehebatan inilah agaknya kenapa sebuah kumpulan rock Amerika telah mengelarkan diri mereka 'Korn'.... Macam tak de name lain...

Salam Jumaat.

Monday, May 16, 2011

Madu Oh Madu...

Orang kata madu tu manis tapi kalau bermadu??? Apa rasanya? Baca tak akhbar Harian Metro Ahad, topik panas Salleh Yaacob nak kawen no 4. Amboiiii... Tapi yang seronok ketiga-tiga isterinya meredhai dan merestui. Bagaimana kalau suami anda yang mintak nak pasang cabang baru.. Nauzubillah... Boleh ke kita jadi macam isteri-isteri Salleh Yaacob tu? Hari ni Mr. Suami tak abis-abis mengusik ku pasal poligami gara-gara si Salleh Yaacob nih.
Mr.Suami: Kalau awak izinkan saya kahwin satu lagi, awak akan dapat payung mas di sana nanti.
Mrs.Isteri: Ye ke bang, tapi lambat lagi la.. Apa kata abang bagi payung mas saiz payung golf kat saya sekarang.. leh gak saya gadaikan wat shopping. (kahkahkah..)

Begitulah sensitifnya seorang isteri bila timbul isu bermadu. Tapi sekarang hidupku memang dah dikelilingi madu sebab semalam (Sabtu) stok Dcornz Royalle 90 kotak dah sampai. Termasuk juga stok Dcornz Susu Kambing, Dcornz Teh Susu Kambing dan Dcornz O2 yang memenuhi ruang kabinetku.

Memandangkan permintaan yang menggalakkan terhadap Dcornz Royalle nih.. mari kita sama-sama ketahui khasiat dan kebaikan madu.
  • Meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit dan antioksida
Madu mengandungi banyak asid organik, phytokimia, vitamin dan enzim ynag memberikan kesan antioksida. Kewujudan antioksida dapat melambatkan proses penuaan, membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung, barah dan kesihatan badan secara umumnya. Ia juga membantu meningkatkan daya tahan terhadap serangan penyakit.
  • Mencantikkan kulit dan rambut
Antioksida dapat melindungi kulit dari rosal akibat sinaran UV serta membantu mencantikkan kulit. Selain itu, ia berupaya mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit serta menjadikan ia lebih muda. Madu turut sesuai untuk kulit sensitif dan boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit berjerawat dan mengubati kulit tercalar.
  • Antibakteria dan rawatan batuk
Secara semulajadi madu menghasilkan hidrogen peroksida yang merupakan sejenis antibakteria. Antibakteria ini membantu membunuh bakteria yang menyebabkan batuk. Madu juga dipercayai dapat mengurangkan kahak (phlegm) dalam paru-paru.
  • Membantu dalam proses penghadaman
Madu mengandungi banyak bakteria 'baik' yang membantu dalam masalah percernaan seperti sembelit, gas, gastrik, ulser usus dan cirit-birit.
  • Membantu mengurangkan lemak semasa tidur
 Apabila diambil sebelum tidur, madu akan membekalkan tenaga dan mengimbangkan tahap gula dalam badan agar hormon kita dapat mengurangkan lemak dengan cepat secara semulajadi.
  • Membekalkan tenaga, membantu dalam pemulihan otot dan meningkatkan prestasi
Pengambilan karbohidrat sebelum, semasa dan selepas bersenam dapat meningkatkan prestasi dan membantu dalam pemulihan. Madu juga membekalkan tenaga segera kepada badan.

Jelaskan tentang kebaikan madu. Allah swt juga telah berfirman dalam Surah Al-Nahl:Ayat 69 "Keluar dari dalam perutnya(lebah) minuman (madu) yang berlainan warnanya untuk menyembuhkan penyakit manusia". Terbuktilah bahawa madu adalah sejenis ubat yang diciptakan oleh Allah swt yang diturunkan kepada manusia melalui serangga kecil yang hebat iaitu LEBAH.


Memandangkan madu berupaya mengekalkan kecantikkan wajah, kulit serta rambut menyebabkan aku mengamalkan pengambilan Dcornz Royalle setiap pagi dan malam. Bangga juga bila sesekali ada yang menegur tentang rupa paras yang tak setanding usia..Alhamdulillah..

Wednesday, May 11, 2011

Manfaat Nyenyak Tidur

1.Kepentingan Tidur bagi Manusia

Kita menghabiskan satu pertiga daripada hidup kita untuk tidur. Kita mempunyai bilik tidur yang dilengkapi dengan perabot berbanding haiwan. Zirafah hanya mempunyai 20minit untuk tidur sehari. Ikan lumba-lumba dewasa tidur dengan menutup sebelah mata untuk merehatkan sebelah otaknya. Sementara anak ikan lumba-lumba tidak perlu tidur dalam bulan pertama kelahirannya.

2. Bagi manusia,  tidur yang tidak mencukupi akan mendatangkan bahaya

Tidur yang singkat boleh menyebabkan manusia mudah sakit, daya ingatan yang lemah, reaksi yang perlahan, daya ketahan badan yang lemah serta berisiko tinggi menghidap penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Difahamkan juga bahawa tidur dan rehat yang mencukupi membantu otak mengukuhkan pembelajaran dan ingatan.

3. Panduan Untuk Tidur yang Lebih Baik

Terdapat banyak petua lama untuk mendapatkan tidur yang lebih baik. Mengira kambing biri-biri merupakan salah satunya. Kini, kajian sainstifik telah membuktikan bahawa kita dapat tidur dengan lebih baik dengan mengambil segelas susu suam 15minit sebelum tidur. Ini kerana susu mengandungi kalsium yang penting dalam tindak balas saraf dan membantu menenangkannya. Selain kalsium, susu juga mengandungi asid amino khas yang boleh membantu menenangkan anda serta tidur dengan lebih nyenyak. Lebih menarik lagi, ia akan menjadikan anda sentiasa segar dan bertenaga di siang hari.

4. Petua Untuk Bangun Pagi, Bekerja dan Berehat dengan Baik

Kita disyorkan untuk mengambil 3 gelas susu sehari. Pengambilan segelas susu pada waktu pagi membantu anda memulakan hari dengan baik, ketika tengahari ia membantu anda kekal bertenaga dan segelas susu sebelum tidur membantu anda tidur dengan nyenyak di waktu malam. 

Jadi sebarkan kebaikan susu, agar setiap orang akan menikmati hari yang indah dan tidur dengan nyenyak setiap malam.

Oleh itu jangan lupa meminum Dcornz Susu Kambing malam ini sebelum tidur ye... Selamat malam..

Friday, April 22, 2011

Islamic Manufacturing Practice (IMP)

Apa khabar semua? Dah makan? Makan apa? Kat mana? Itulah persoalan yang selalu aku pikirkan setiap kali sampai waktu makan tengahari. Menu yang ada kat cafe ofis ni dah boleh dihafal dalam kepala. Nak makan luar selalu pun malas jugak. Kadang-kadang makan pun sekadar alas perut je.
Kalau kat luar sana kedai makan tumbuh macam cendawan lepas hujan. Merata-rata tempat kita boleh jumpa tempat makan. Restoran, cafe, kopitiam, bistro dan pelbagai nama lagi yang membawa maksud yang sama iaitu tempat makan.Kiranya sape2 yang baru sampai kat Malaysia ni memang tak kan rindu masakan kampung halaman sebab pelbagai jenis makanan dari seantero dunia ada kat Malaysia. Sebut je makanan dari negara mana yang dicari semuanya ada. Setuju tak?
Pernah dengar tak orang kata 'makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap'? Betul ke kita boleh sebarang makan? Maksudnya pantang jumpa makanan kita masuk mulut tanpa memeriksa status halal haram makanan tersebut.

Justeru itu Allah telah mengingatkan kita tentang perlunya mengenalpasti makanan kita melalui firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 168:"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada dimuka bumi, yang halal lagi baik & janganlah kamu ikut jejak syaitan" dan Rasulullah saw juga telah berpesan sebagaimana sabdanya: 'Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya" - Riwayat at-Tabarani.
Makanan halal akan memelihara hati dan membentuk peribadi mulia. Mulai sekarang kita kena periksa dan cerewet sedikit tentang pengambilan makanan harian kita. Di Malaysia premis atau produk halal selalunya mempamerkan logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.
AWAS!! Kenalpasti logo yang asli.
Kebelakangan ini kita sering pula dengar orang menyebut tentang produk berstatus IMP. Tahu tak apa itu IMP atau Islamic Manufacturing Practice? IMP ialah suatu piawaian yang bertaraf 'Halalan Toyyiba', iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fizikalnya malah suci dari sudut ruhaninya.
Konsep IMP ini menerangkan bahawa kilang yang suci dari segi lahiriah semata-mata tanpa kontiminasi bahan haram sahaja tidak mencukupi untuk mempengaruhi peribadi, akhlak mahupun pegangan seseorang terhadap agamanya. Prinsip IMP ialah sebagaimana ibadah-ibadah lain, terdapat tata tertib, akhlak dan etika Islamiah yang perlu dipatuhi khususnya dalam penyediaan makanan bagi mengharapkan redha serta barakah ilahi terhadap makanan yang disediakan.
Berikut ialah perkara-perkara yang dititikberatkan dalam IMP;
  1.  Syarat pada pengilang
    • mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
    • membekal produk mengikut piawaian syarak
    • menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak.
    • niat untuk menyediakan produk halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
    • Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.
  2. Syarat pada kilang dan peralatan/bahan
    • susunan dalam kilang mengikut syariat
    • tidak ada muzik
    • ada Nur bacaan Al Quran
    • ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP (Eropah)
    • ada kuliah kefahaman agama kepada pengurusan dan pekerja 3 kali seminggu.
    • sumber bahan mentah hendaklah halal dan memdapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari unit Audit Syariah Dalaman.
    • peralatan dan bahan hendaklah dibersihkan mengikut piawaian syariah.
  3. Syarat pada pekerja/Operator
    • operator mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya (menutup aurat)
    • mengetahui dengan bersungguh-sungguh hukum thoharat yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
    • kemampuan membaca Al Quran keran banyak doa-doa dan bacaan -bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
    • sentiasa ada air wudhu.
    • mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
    • tidak bercampur antara lelaki dan perempuan
    • perempuan yang haid dipindahklan sementara waktu ke bahagian lain.
Sekarang sudah jelas mengenai IMP kan. Maka anda sudah boleh bayangkan bagaimana cara setiap produk Azzurah Dcornz dihasilkan. Bermula dari pemilihan bahan mentah, penyediaan bahan-bahan, pemprosesan sehinggalah pembungkusan semua mengikut syariat Islam.

Dapatkan Dcornz Royalle, Dcornz susu kambing, Dcornz teh susu dan Dcornz O2 dengan segera. Hubungi pengedar Azzurah Dcornz sekarang.

Akhir kalam.. Selamat malam & Assalamualaikum wbt..

Monday, March 21, 2011

D'cornz O2 - Meningkatkan Tenaga & Tumpuan

Awal Ashaari
Fuh, fuh, fuhhhhh.... ini bukan program Fuhhh!! yang di hostkan oleh Awal Asyaari tau tapi bunyi hembusan udara dari mulutku. Dah lama aku tinggalkan blog ni sampai dah berhabuk. Nasib baik belum sempat bersawang.. ;)

Tak berkesempatan nak menulis sebab musim kurang kerja ku dah sampai ke penghujung. Aku dah mula sebok kembali dan jamku pun dah mula bergerak dengan pantas. Hinggakan 5.30 petang sampai begitu awal bagiku sekarang. Tu belum lagi jam 1 waktu  lunch yang datang tanpa disedari. Tiba-tiba handphone berbunyi tanda mesej dari kawan yang mengingati ku tentang waktu makan. Tu la sebabnya kita kena selalu ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Salah satunya - Lapang sebelum sempit.

Bermula minggu ni aku akan lebih sebok sebab rabu ni ada Regional meeting dimana aku kena present program terbaru untuk dealer. Pening jugak masa mula-mula dapat tugasan ni sebab ingatkan bila aku dah pindah ke unit lain program ni dah bertukar tangan, rupanya hanya sementara. Entahlah, kalau boleh tak nak dah buat program yang sama. Tapi bila aku fikirkan dari sudut yang positif mungkin kerana kemampuan dan kepercayaan membuatkan boss ku ingin aku melaksanakan program yang baru ini. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya hasil kerja kita diterima dengan baik.

Tapi perjalanan program tak semudah yang disangka. Banyak persoalan timbul sebelum ia boleh dimulakan. Bila aku mula mengorek maklumat tentang program terdahulu tanpa disedari banyak program terdahulu yang hampir sama tapi masih berjalan. Maknanya dealers dapat double bonus sebab program lama yang bermula sekitar tahun 2000 masih berjalan tanpa disedari dan diikuti dgn program-program lain sebelum aku mulakan programku pada tahun 2009. Macamana takde seorang pun yang perasan tentang perkara ni. Kalau dihitung banyak kerugian pada company. AAK. Yang penting aku dah siapkan presentation slide dari minggu lepas lagi. Dalam meeting nanti aku goreng jer.... hehehe...

Dalam waktu yang sama juga aku sibuk memikirkan persiapan untuk dealers conference (KDC) bulan April nanti. Bila sebut pasal KDC selalu ada je masalah dengan unit-unit lain yang terlibat. Yang jadi mangsanya unit aku lah sebagai organiser. Tapi kalau masing-masing boleh memberi kerjasama yang baik dan tidak mencampurkan kepentingan peribadi, aku rase perjalanan KDC lebih mudah dan lancar.

Oleh kerana itu, aku dah tak berpeluang pulang ke rumah tepat jam 5.30pm. Kebiasaannya, tahap tumpuan terhadap kerja berkurangan selepas waktu balik sedangkan masih banyak lagi tugasan yang perlu dibereskan. Pinggang dah mula sakit sebab duduk terlalu lama. Handphone pulak asyik berbunyi je sebab anak-anakku dah mula bertanya jam berapa aku akan sampai ke rumah. Stress dibuatnya. Itu belum lagi dicampur dengan jalan jem ketika perjalanan pulang ke rumah.

Azzurah D'cornz - O2
Semenjak diperkenalkan dengan D'cornz O2 aku tak pernah lupa untuk mengambilnya sebagai energy booster setiap pagi sebelum ke ofis. O2 yang melancarkan perjalanan darah dan oksigen ke seluruh badan dan otak mampu memberi tenaga segera serta meningkatkan daya tumpuan. Selain bertindak sebagai energy booster, O2 juga mampu menurunkan kadar kolestrol dan gula dalam darah. Oleh itu boleh la aku bertahan duduk di ofis lama-lama untuk menyudahkan kerja...

Untuk info lanjut boleh dapatkan di page Produk Azzurah D'cornz. Jangan lupa 'LIKE' facebook Azzurah D'cornz ye...

Selamat malam... FUHHH!!! Layannn....

Wednesday, March 2, 2011

10 Kebaikan Susu Kambing Berbanding Susu Lembu

Apabila melihat seorang kanak-kanak sedang minum segelas susu, susu apakah yang terlintas difikiran anda? Pastinya ramai yang memikirkan yang kanak-kanak tersebut sedang minum segelas susu lembu. Ramai yang beranggapan hanya susu lembu sahaja yang boleh diminum oleh manusia. Adakah kerana sejak kecil mereka telah diperkenalkan dengan susu lembu sahaja atau kerana kurang publisiti terhadap susu ternakan lain seperti kambing.

Mari kita lihat 10 kebaikan susu kambing berbanding susu lembu.
  1. Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana kedua-duanya bersifat alkali disamping komposisi yang menghampiri antara satu sama lain. Manakala, susu lembu pula bersifat asid.Oleh itu, susu kambing sangat sesuai bagi merawat ulcer dan gastrik.
  2. Susu kambing memerlukan 20 min untuk dihadamkan sedangkan susu lembu mengambil masa 2jam. Ini disebabkan susu kambing mempunyai molekul lemak yang 1/5 lebih kecil dari susu lembu.
  3. Tidak terdapat mukus (phlegm) didalam susu kambing oleh itu ia sangat sesuai untuk pensakit asthma dan mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
  4. Susu kambing mempunyai lebih banyak kandungan kalsium (32.6%) berbanding susu lembu (29.7%) dalam kuantiti yang sama. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang akibat faktor usia atau monopous, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.
  5. Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
  6. Kandungan potassium & calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  7. Susu kambing mempunyai keupayaan untuk melembutkan sistem usus dan membantu mengatasi masalah sembelit.
  8. Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
  9. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  10. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
Banyaknya kebaikan susu kambing padanlah ia menjadi minuman kegemaran para nabi. Disamping minum untuk kesihatan tubuh badan secara tak langsung kita telah melakukan sunnah, insyaAllah diberi pahala olehNya.

Azzurah D'cornz mengeluarkan 2 jenis susu kambing iaitu susu kambing perisa jagung dan teh susu kambing.

      
2 produk susu kambing ini sangat istimewa kerana mengandungi campuran bahan lain seperti ekstrak jagung, madu yaman, teh ceylon, kismis dan garam bukit. Dapatkan informasi lanjut di tab Azzurah D'cornz.

Hubungi pengedar Azzurah D'cornz sekarang di 019-3181000.

Saturday, February 19, 2011

D'cornz Royalle - Bila Zharfan Enggan ke Tadika

Aku mulakan hari ini dgn penuh bersemangat utk ke ofis. Setelah semangatku terbang melayang entah kemana semenjak kekurangan cabaran tugas di pejabat. Pelik kan? Orang lain suka kurang cabaran tapi aku agak merunsingkan. Entah la, darjah kecergasan otak ku berkadar terus dgn cabaran hidup harianku. Maknanya, kalau kurang cabaran dalam kehidupan  otak pun menjadi kurang aktif.

Tapi disebabkan hari ini boleh dikatakan 'soft launch' untuk blog ini, aku jadi sangat teruja dan tak sabar untuk membuat pengumuman kepada teman-teman rapat. Antara ucapan aku pada mereka, 'Korang kene klik link blog aku pastu mesti jadi follower'. Kahkahkah.... Ikut suke aku je paksa-paksa orang jadi follower. Tapi 'AAK'. Tau ape maknanya - Ade Aku Kesah!!!

Lepas Maghrib pulak dapat call dari customer (Pn Liza) yang bertanya pasal produk D'cornz Royalle. Katanya anak sulong beliau yg berusia 6 tahun susah sgt nak pegi ke tadika. Minggu pertama je bersemangat, lepas tu dah susah nak bangun pagi. Macam same je dgn masalah anak bongsuku Muhammad Zharfan Harith pada tahun lepas.



Masalah anak sukar ke sekolah setiap hari memang merunsingkan dan kadang-kadang merimaskan. Bayangkan itu lah masalah yang aku hadapi sepanjang tahun lepas. Puas pujuk dgn cara baik zharfan tak nak pegi jugak. Kerapnya pujukku tak berjaya dan zharfan menangis teresak-esak akhirnya. Cuma adalah masanya pujukkan atau lebih tepat paksaanku berjaya membuat zharfan ke sekolah tapi mesti memenuhi permintaannya dulu utk membeli robot atau kereta mainan di 7-11.

Alhamdulillah, pada MAHA 2010 yang lalu aku bertemu dengan produk Azzurah D'cornz keluaran Selatan Intergrated Resources Sdn Bhd. En Shahfezan telah memperkenalkan produk-produk Azzurah kepada kami. Anak-anak sangat suka dengan D'cornz Royalle kerana rasanya yg sedap. Bak kata Luqman Hakim "Ibu, apsal madu ni manis tapi rasa jagung. Bau pun macam jagung". Haaa... itulah rasa  istimewa D'cornz Royalle. Hebatkan. Rasanya belum ada produk madu yang mempunyai rasa manis jagung macam D'cornz Royalle.

Kehebatan D'cornz Royalle bukan setakat pada rasanya sahaja tapi pada ramuan dan khasiatnya juga. Antara ramuannya - ekstrak jagung, ekstrak kurma, madu, gingko biloba, buah pala, minyak zaitun, minyak kelapa dara, garam bukit, larutan tinta za'faran (30 juzuk, selawat syifa dan bismillah 6) dan air zamzam. Hebatkan ramuannya. Semuanya adalah bahan terpilih dan dikenalpasti dalam Islam sebagai bahan-bahan terbaik.

Antara khasiatnya - meningkatkan daya tumpuan, minat dan mencerdaskan kuasa minda. Oleh itu sangat sesuai untuk para pelajar dan wanita hamil.

Inilah yang pemakanan yang aku amalkan pada anak-anak setiap pagi sebelum ke sekolah. Alhamdulillah, setelah mengambil D'cornz Royalle secara berterusan dan disertai dgn doa pd Allah, masalah Zharfan dah dapat diatasi. Tahun ini dah masuk tahun ke2 Zharfan ke tadika. Dia dah tak menangis bangun pagi malah gembira untuk ke tadika. Tambahan pula dapat teacher baru - Teacher Kak Long .

Dah lewat rupanya... Jom masuk tidor. Jangan lupa basuh kaki... :)